Panduan Beg Dobi
Sebelum memasukkan pakaian anda ke dalam beg, sila pastikan:
- Susun pakaian anda: Sebelum menggunakan beg, susun pakaian anda mengikut warna dan jenis fabrik.
- Mengisi beg: Setelah menyusun pakaian anda, Masukkan baju-baju dalam beg pakaian anda sendiri mengikut berat.
- Isi beg dengan betul: Jangan penuhkan beg melebihi kapasitinya, ini boleh menyebabkan kerosakan atau pembersihan yang tidak berkesan.
- Ikat beg: Tutup beg dengan ketat untuk mengelakkan barang/pakaian hilang akibat daripada terjatuh semasa penghantaran.
Sila gunakan ukuran berikut sebagai rujukan (tidak perlu mengikut ukuran tepat), dan bungkus pakaian anda di dalam beg anda sendiri sebelum menghantar pakaian anda kepada kami. Saiz beg hendaklah dipilih berdasarkan beg yang boleh memuatkan pakaian mengikut saiz beban mesin 5kg, 10kg atau 15kg.

Beg Dobi Kecil
Ketinggian: 50cm
Panjang: 70cm
Lebar: 30cm
Mesin muat 5kg

Beg Dobi Sederhana
Ketinggian: 45cm
Panjang:60cm
Lebar: 25cm
Mesin muat 10kg

Beg Dobi Besar
Ketinggian: 90cm
Panjang:60cm
Lebar: 35cm
Mesin muat 15kg
Dari kotoran hingga bersinar, basuh dengan kami setiap masa!
